fbpx

54 ketua bahagian UMNO muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir

PETALING JAYA – Terdapat 54 muka baharu tampil sebagai ketua bahagian UMNO bagi pemilihan UMNO kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad, berkata, ia jelas menunjukkan berlakunya perubahan politik dalaman pada pemilihan 2023.

“Hampir 30 peratus muka baharu dan perubahan tersebut bukan melibatkan satu negeri sahaja malah berlaku secara keseluruhan antaranya Wilayah Persekutuan ada enam muka baharu.

“Selain itu Melaka (3 ), Kedah (5), Terengganu (3), Pulau Pinang (2), Kelantan (5), Negeri Sembilan (2), Pahang (5), Johor (10), Perak (4), Selangor (6) dan Perlis,” katanya ketika sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan supaya etika ditekankan oleh seluruh perwakilan yang terlibat dalam pemilihan akan datang.

“Kita tekankan kualiti kepada 190,000 ahli UMNO yang terlibat supaya patuh soal tata etika.

“Selain itu perlu juga mempunyai kefahaman dan tanggungjawab kerana kalau dinilai dari kuantiti sahaja, ia bukan tanda amalan demokrasi sebenar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI