fbpx

[VIDEO] Penyu lipas kembali ke pantai P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak penyu lipas yang dijumpai di sekitar kawasan pantai berhampiran Hotel Angsana, Teluk Bahang Rabu lalu

TELUK BAHANG – Sebanyak 110 ekor anak penyu lipas berjaya dialihkan ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut di sini selepas dijumpai di sekitar kawasan pantai berhampiran Hotel Angsana Rabu lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Perikanan Pulau Pinang, spesis penyu lipas itu kembali ke Pulau Pinang selepas kali terakhir dijumpai bertelur di kawasan pantai negeri ini empat tahun lalu.

“Pada 15 Mac lalu, Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah menerima satu laporan daripada orang awam yang menjumpai anak-anak penyu lipas menetas di pantai sekitar Hotel Angsana, Teluk Bahang.

“Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber telah ke tempat kejadian dan mendapati terdapat 110 ekor anak penyu lipas telah menetas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, anak-anak penyu lipas berkenaan telah dibawa ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut untuk tujuan pemuliharaan dan penjagaan lanjut sebelum dilepaskan ke laut.

“Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam yang melaporkan keberadaan penyu di pantai sekitar Pulau Pinang.

“Semoga dengan usaha dan kerjasama yang baik, spesies penyu yang semakin pupus ini dapat dipulihara demi menjamin kelestarian populasinya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI