fbpx

Kuching dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching yang dilanda banjir kilat.

KUCHING – Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah antara tempat yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Tinjauan mendapati air bukan sahaja membanjiri kawasan tempat letak kereta tetapi turut memasuki bahagian dalam bangunan hospital.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan operasi di hospital berkenaan, selain menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.

Selain itu, beberapa kawasan perumahan, kampung termasuk jalan raya di sekitar bandar raya ini turut dinaiki air.

Ia menyebabkan laluan di sekitar Kuching sukar dilalui dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, dengan beberapa kenderaan turut kelihatan ditenggelami air.

Sementara, Jabatan Meteorologi menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa bahagian di Sarawak pada hari ini.

Antara kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan dan Miri. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI