fbpx

3 hari tidak makan, sedih Baim diambil Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @lyza_kakhangpa di akaun TikToknya

PETALING JAYA – Kasih sayang seorang wanita terhadap binatang peliharaannya menyentuh hati ramai pihak apabila videonya tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lyza_kakhangpa di akaun TikToknya memaparkan kisah dirinya terpaksa berpisah dengan seekor monyet yang diberi nama Baim.

Menurutnya, pada September tahun lalu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) datang ke rumahnya bagi mengambil Baim.

“Tidak lama itu, Baim lari sebab nak balik rumah. Baim lari masuk hutan, ibu bermalam di sana masuk hutan cari Baim.

“Bila Baim sudah keluar dari hutan, penuh luka di muka dan badan. Ibu bawa Baim balik sebab nampak trauma. Tidak boleh berenggang langsung dengan ibu, nanti dia menjerit.

“Pada Disember, Perhilitan datang lagi. Kami cuba merayu jangan ambil Baim, tetapi tidak diendahkan langsung. Tidak ada belas kasihan dari pihak sana,” tulisnya dalam video itu.

Tambahnya, itu merupakan kali terakhir dia bertemu Baim kerana selepas itu tiada jawapan mahupun khabar berita yang diterima daripada pihak Perhilitan tentang haiwan kesayangannya itu.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 2.8 juta tontonan, 164,000 tanda suka dan 14,500 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan wanita tersebut dan juga mempersoalkan Perhilitan kerana bertindak sedemikian.

“Sedih macam berpisah dengan anak sendiri tau. Semoga pemilik bertemu balik dengan haiwan kesayangannya,” komen Sayidah.

“Tidak boleh ke cari cara, adakan lesen memelihara ke. Sedih sangat-sangat tengok Baim dah selesa dengan keluarga itu. Harap isu ini dapat dibincangkan,” komen pengguna yang lain.

Turut dilihat, beberapa artis tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Zoey Rahman juga menzahirkan rasa simpati mereka di ruangan komen.

“Masya’allah sedihnya.. dah jinak dah tu,” komen Siti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI