fbpx

Menangani kekurangan nutrien dalam gaya hidup kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan tambahan amat berguna dalam keadaan tertentu misalnya apabila seseorang itu mengalami masalah perubatan yang menjejaskan penyerapan nutrien.

BERBICARA tentang diet seimbang, ia amat penting untuk membantu seseorang itu mendapat nutrien penting yang diperlukan tubuh melalui pengambilan makanan baik sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik.

Namun begitu, seiring berjalannya waktu, kita semua berdepan dengan cabaran dalam mengamalkan diet seimbang kerana kekangan waktu untuk menyediakan makanan yang baik selain digoda dengan kepelbagaian makanan yang enak di luar sana.

Ibu-ibu juga ramai yang bekerjaya dan mungkin tidak sempat untuk menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat kepada anak-anak.

Pakar Pemakanan Klinikal dan Naib Presiden Latihan Herbalife Nutrition, Dr. Luigi Gratton berkata, kini diet manusia telah berubah dengan ketara berbanding dua atau tiga dekad lepas, khususnya dari segi pengambilan garam, gula dan lemak.

Menurutnya, sebagai contoh, kita kini makan lebih banyak makanan segera berbanding zaman datuk dan nenek dahulu yang mengambil makanan tradisional dan lazimnya mengandungi lebih banyak sayur dan buah segar.

“Ini tidak menghairankan kerana garam, gula dan lemak adalah tiga ramuan utama yang menjadikan makanan rasa lebih lazat dan pada umumnya lebih cepat dan mudah disediakan serta mempunyai hayat guna lebih lama.

“Sebab itulah pada hari ini, kita melihat banyak kes obesiti dan berat badan berlebihan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Malah, berdasarkan, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 melaporkan kira-kira satu daripada lima dewasa Malaysia kini menghidap diabetes, satu daripada tiga menghidap hipertensi dan hampir separuh alami obesiti atau berat badan berlebihan.

Makanan segera telah menggantikan makanan tradisional dan ini mula menjejaskan gaya hidup orang ramai.

Dalam pada itu, Gratton tidak menafikan bahawa mengamalkan diet yang seimbang amat mencabar terutama bagi ibu bapa dan dewasa yang bekerja dan mereka yang sentiasa sibuk.

Makanan tambahan tidak seharusnya digunakan sebagai
satu-satunya sumber nutrien sebaliknya sebahagian besar nutrien perlu diperoleh daripada diet seimbang.

“Jangan lupa, kita dikelilingi oleh pelbagai pilihan makanan segera dan juga kedai serbaneka yang menawarkan segala jenis makanan ringkas, yang mungkin bukan pilihan paling sihat.

“Satu cara untuk menangani cabaran ini ialah dengan mengambil makanan tambahan kesihatan atau suplemen untuk mengisi jurang kekurangan nutrien,” jelasnya.

Bagaimanapun, makanan tambahan tidak harus digunakan sebagai satu-satunya sumber nutrien.

Sebaik-baiknya sebahagian besar nutrien anda seharusnya diperoleh daripada diet seimbang dan pelbagai.

Gratton menjelaskan, makanan tambahan berguna dalam keadaan tertentu, seperti apabila anda mengalami masalah perubatan yang menjejaskan penyerapan nutrien atau apabila anda tidak dapat makan cukup nutrien menerusi diet anda.

“Kita ambil kalium sebagai contoh. Pada hari ini, kita lihat pengambilan kalium atau potassium di peringkat global semakin rendah kerana kita menggunakan banyak natrium atau garam dalam makanan kita.

“Sekitar 75 peratus hingga 80 peratus orang mengalami kekurangan kalium dan angka ini membimbangkan kerana kalium memainkan peranan melindungi kesihatan jantung dengan membantu mengawal selia rentak jantung dan mencegah tekanan darah tinggi,” terangnya.

Tambahnya, sebab itulah penting penghasilan produk yang diperkuat dengan kalium untuk membantu mereka yang tidak mendapat kalium secukupnya dalam badan.

Ini hanyalah satu contoh nutrien dan orang ramai seharusnya terus menerapkan makanan yang penuh berkhasiat sebagai sebahagian daripada diet biasa mereka.

Sementara itu, Gratton berkata, langkah pertama mengamalkan diet atau pemakanan sihat ialah untuk mengenal pasti jurang dalam pengambilan nutrien anda.

Terangnya, mulakan dengan nutrien paling asas seperti magnesium, kalium, dan Vitamin C atau D.

“Nutrien-nutrien ini adalah yang paling asas tetapi juga paling penting dan diperlukan oleh badan.

“Apabila anda telah mengenal pasti sebarang jurang nutrien dalam diet, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk menangani kekurangan dengan melakukan perubahan kepada amalan pemakanan anda,” jelasnya.

Sebagai contoh, jika kekurangan Vitamin D, anda hanya perlu keluar untuk mendapatkan cahaya matahari iaitu sumber Vitamin D yang penting.

Orang ramai sekarang kekurangan vitamin ini kerana kita meluangkan kebanyakan masa di dalam rumah atau pejabat, dan malah kini ramai kanak-kanak tidak lagi keluar bermain di taman permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI