fbpx

11 lelaki ponteng solat Jumaat, beri alasan baru balik masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 11 lelaki yang ditahan kerana disyaki ponteng solat Jumaat di Hentian Bas dan Teksi Tanjung, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 lelaki yang melepak di kawasan kedai sekitar hentian bas dan teksi di Tanjung di sini pada waktu solat Jumaat ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan itu berusia 20 hingga 50 tahun. Daripada jumlah itu, enam daripada mereka adalah pekerja sebuah pasar raya berhampiran.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, mereka memberi alasan sudah menunaikan solat Jumaat dan baru pulang dari masjid ketika ditahan.

“Bagaimanapun, kita tidak menerima alasan itu kerana pegawai penguat kuasa syariah wanita membuat pemantauan sejak pukul 1.15 tengah hari.

“Pemantauan mendapati mereka memang berada di situ dan tidak pergi menunaikan solat Jumaat sehingga ditahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Khairul Azizi berkata, kesemua lelaki tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).

“Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Kita mengingatkan lelaki Muslim supaya tidak culas menunaikan solat Jumaat kerana ia adalah wajib kecuali uzur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI