fbpx

Jakim, JHEAT diarah siasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA'IM Mokhtar menerima sumbangan Raja Saudi menerusi Mesaad Ibrahim Al Sulaim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. - Foto oleh AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diarah bekerjasama bagi menyiasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengarahkan kerjasama itu dibuat bagi menyiasat perkara itu selain dibuat pihak polis sendiri.

“Semua agensi ini akan memantau dan memberi nasihat khususnya kepada penduduk Terengganu untuk berhati-hati dengan ajaran sesat tersebut,” katanya pada majlis penyerahan hadiah sumbangan Raja Arab Saudi bersempena Ramadan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Semalam, media melaporkan dakwaan bekas pengikut Ayah Pin mahu menghidupkan kembali ajaran itu di Daerah Besut sehingga mencetuskan kebimbangan umat Islam.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan Jakim belum lagi menerima apa-apa laporan mengenai sudah bagi menghidupkan semula Ayah Pin di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI