fbpx

K2

Zakat emas yang digunakan sekali sekala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azab seksa tidak terperi menanti mereka yang tidak menunaikan zakat emas. – GAMBAR HIASAN

Saya mempunyai emas perhiasan sebanyak 120 gram dan dipakai sekali sekala sahaja, adakah wajib saya keluarkan zakat emas?

Jawapan: Emas dan perak adalah logam galian berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai suatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya yang boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Dalil wajib zakat emas dan perak ialah firman Allah SWT: Dan orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah At-Taubah ayat 34)

Terdapat dua keadaan untuk pembayaran zakat emas.

Pertama, emas yang tidak dipakai. Emas yang tidak dipakai (disimpan sahaja) wajib dikeluarkan zakat apabila mencukupi atau melebihi kadar nisab (85 gram) nilai emas, maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus atas nilai emas sahaja. Contoh: emas yang disimpan bernilai RM10,000 (nilai emas semasa) x 2.5% (kadar zakat) = RM250 (zakat wajib dibayar).

Kedua, emas yang dipakai. Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat jika tidak melebihi Uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan Uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini (tahun 2020) kadar Uruf digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 165 gram. Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM10,000, maka zakatnya ialah sebanyak: RM10,000 X 2.5% = RM250.

Hanya berat atau harga emas yang dikira untuk pengiraan zakat tanpa ambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

Kesimpulannya, emas perhiasan yang puan miliki sebanyak 120 gram dan dipakai sekali sekala sahaja masih tidak melebihi uruf iaitu sebanyak 165 gram. Oleh yang demikian perhiasan emas tersebut tidak diwajibkan zakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI