fbpx

Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong terima akreditasi MSQH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (tengah) menyaksikan penyerahan sijil akreditasi MSQH dari Abdul Rahim (dua kanan) kepada Syed Anwar (dua kiri) di Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong, Masjid Diraja Bukit Jelutong Shah Alam. FOTO/AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (PDM) dalam kawasan masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong menjadi pusat dialisis pertama kendalian majlis agama Islam di negara ini menerima akreditasi penuh daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Menurut Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE),Tan Sri Mazlan Mansor, pencapaian ini adalah satu perakuan terhadap PDM itu yang memenuhi piawai kualiti perkhidmatan dan keselamatan penjagaan kesihatan.

Katanya, pusat tersebut telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dalam membantu orang ramai mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Kami berasa bangga dengan pengiktirafan tersebut setelah empat tahun penilaian dan pemantauan dilakukan pihak MSQH.

“Pengiktirafan yang berkuatkuasa untuk tempoh empat tahun ini akan menjadi permulaan kepada perjalanan operasi PDM untuk mencapai Pelan Strategik YIDE 2021-2025 bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti terutama dalam dialisis,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan menjelaskan ketika ini terdapat enam buah PDM dibawah seliaan YIDE dan PDM tersebut merupakan yang kelima menerima pengiktirafan ini daripada 175 pusat dialisis di negeri ini.

“Pada masa akan datang, kita juga akan memohon sijil akreditasi sama bagi PDM Cawangan Taman Melawati,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI