fbpx

Kakitangan Perhilitan maut keracunan makanan di Gunung Gelemat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat Muhammad Nazlin yang dipercayai meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika menyertai program kuang gunung di Gunung Gelamat, Hulu Dungun, hari ini.

DUNGUN – Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut selepas tidak sedarkan diri dipercayai keracunan makanan di Gunung Gelemat, Kuala Jengai, Hulu Dungun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Nazli Ajis, 36, disahkan meninggal dunia sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian ada pukul 6.35 petang.

“Kita menerima maklumat berhubung keadaan mangsa yang kritikal dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat keracunan makanan.

“Pasukan bomba dan penyelamat bersama seorang doktor ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan sebuah helikopter pada pukul 6 petang,” katanya, di sini hari ini.

Baharudin berkata, sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bandar Al Muktafi Billah, Bukit Besi, di sini pada pukul 6.45 petang, pemeriksaan kedua mengesahkan kematian Muhammad Nazlin dan mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, di sini untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan mangsa yang merupakan anggota Perhilitan Mersing, Johor, bersama 12 rakan sekerjanya ke gunung tersebut sejak 9 Mac lalu untuk program Pemantauan dan Perlindungan Kuang Gunung di Gunung Gelemat, Taman Negara.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, operasi menyelamatkan mangsa terpaksa menggunakan helikopter AW189 berikutan jarak dan laluan ke gunung tersebut memakan masa tiga hari sekiranya menggunakan jalan darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI