fbpx

Pearly-Thinaah akur tersingkir awal pada All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY-THINAAH gagal meneruskan aksi konsisten apabila tersekat seawal pusingan pertama kepada wakil Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada All England kelmarin.

LANGKAH beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada kejohanan badminton Seluruh England (All England) tersekat seawal pusingan pertama selepas tewas 13-21, 21-15, 15-21 kepada wakil Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara kelmarin.

Kekalahan tersebut menyaksikan juara Terbuka Perancis tahun lalu itu gagal meneruskan aksi konsisten selepas melangkah ke pusingan separuh akhir pada kejohanan Terbuka Jerman minggu lalu.

Jurulatih beregu wanita kebangsaan, Hoon Thien How tanpa berselindung mengakui, anak-anak buahnya itu menampilkan aksi di bawah paras sebenar apabila membenarkan pasukan lawan menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut.

“Hari ini (kelmarin) set pertama agak kurang kerana banyak kesilapan yang dilakukan sehingga membolehkan pasukan lawan mendapat mata mudah. Kemudian, mereka dapat memperbaiki permainan pada set kedua dan menang.

“Memasuki set ketiga, kita bermain baik sehingga kedudukan 11-10, kita cuba untuk matikan permainan tetapi tidak berjaya. Mungkin pada ketika itu, fokus sudah mula terganggu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Thien How turut menganggap kekuatan setiap pemain pada ketika ini hampir sama biarpun Pearly-Thinaah diletakkan sebagai pilihan kelima dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 tersebut.

Justeru, beliau hanya mengharapkan aksi terbaik daripada anak-anak buahnya setiap kali turun ke gelanggang kerana menganggap setiap perlawanan sentiasa menjanjikan aksi sukar buat mereka.

“Saya nak cakap, badminton sekarang tidak kira anda pilihan pertama atau kedua, setiap pemain terbaik pun boleh kalah awal kerana jurang tidak jauh sangat. Semua pemain kekuatan boleh kata sama rata,” ujar Thien How. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI