fbpx

Mayat remaja mangsa bunuh ditemui dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang remaja perempuan dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam semak berlumpur dalam kejadian di Kampung Forest semalam. - IHSAN PEMBACA

SANDAKAN – Mayat seorang remaja perempuan dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam semak dan kawasan berlumpur di Kampung Forest semalam.

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai pada pukul 10 pagi oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mengenai penemuan tersebut.

“Polis menemui mayat remaja perempuan di dalam kawasan semak dan berlumpur. Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Fuad berkata, bertindak atas maklumat, pada pukul 12.30 tengah hari, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta melaporkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI