fbpx

Projek Road to Gold terima sentuhan Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHONG WEI

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersedia menyahut panggilan negara untuk membantu kontinjen Malaysia dalam misi memburu kilauan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan juga Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Chong Wei yang meraih pingat perak dalam tiga penampilan di Sukan Olimpik menegaskan dia dengan rela hati menyertai pembentukan pasukan projek ‘Road to Gold’ dengan objektif membantu persediaan atlet elit dengan keperluan yang lengkap.

KBS semalam mengumumkan pembentukan projek ‘Road to Gold’ meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan serta program bina diri.

“Apa kita mahu kita ini adalah untuk membantu bantu atlet ini terus bersemangat dan geram untuk memburu emas pertama Malaysia. Itulah yang saya nak buat kerana untuk raih emas di Olimpik bukan cita-cita saya saja malah harapan seluruh rakyat Malaysia.

“Jika ingin dibandingkan saya sebelum sejak mula-mula saya melangkah ke pentas Olimpik ada beberapa yang kita boleh tambah. Jadi, dengan adanya saya di sini dengan pengalaman saya empat kali di Olimpik, saya mahu membantu atlet-atlet ini mendapat segala keperluan yang mereka mahuka  n.

“Tetapi, kehadiran saya bukan tertumpu kepada sukan badminton tetapi sukan-sukan lain juga. Saya harap dengan ada projek seperti ini dapat membantu kontinjen Malaysia meraih emas pada temasya empat tahun sekali tersebut,” katanya Chong Wei ketika ditemui pemberita pada Majlis Penubuhan Jawatankuasa “Road to Gold’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai perjalanan Lee Zii Jia ke Olimpik, Chong Wei menegaskan terdapat perbincangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung prestasi tidak menentu ditampilkan jaguh perseorangan lelaki No.1 negara itu musim ini.

“Memang terdapat perbincangan untuk membantu Zii Jia dan bahagian saya kita akan bantu dia terutama dalam sukan badminton tetapi mengenai masalah luar gelanggang kita tak boleh tolong. Masalah lain-lain, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri akan berjumpa dengannya selepas All England nanti.

“Saya juga ada dengar mengenai perbincangan untuk membawa masuk semula Zii Jia ke BAM tetapi saya tidak tahu selanjutnya. Tetapi peranan saya dalam Road to Gold ini adalah ingin membantu semua atlet yang dahagakan emas di Olimpik. Kita tak kisah atlet itu dari mana tetapi misi kita adalah untuk membantu mereka meraih emas di Olimpik ,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI