fbpx

Penagih dadah dicekup lepas ragut beg warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan orang awam selepas meragut beg seorang warga di Jalan Padang Kelochor, di sini kelmarin. FOTO MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Seorang penagih dadah dicekup manakala rakannya sempat melarikan diri selepas mereka meragut beg milik seorang warga emas sehingga cedera di Jalan Padang Kelochor, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa yang berusia 62 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika kedua-dua suspek meragut beg kain yang dipegangnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati warga emas lelaki itu sedang menutup kedainya di kawasan tersebut sebelum didatangi dua lelaki terbabit.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudiannya meragut beg kain yang dipegang mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikalnya.

“Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan ketika berselisih dengan kenderaan lain sebelum terjatuh dan salah seorang suspek yang berusia 34 tahun berjaya ditangkap orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, warga emas itu yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai empat rekod jenayah berkait kes narkotik dan ditahan reman selama empat hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI