fbpx

Peminat kecoh Selena Gomez ikut IG Zayn Malik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZ & ZAYN MALIK

BELUM pun reda isu dipersendakan isteri kepada Justin Bieber, Hailey Baldwin, penyanyi dan juga pelakon Selena Gomez menarik perhatian peminat apabila dia didapati mengikuti akaun Instagram bekas anggota One Direction, Zayn Malik.

Difahamkan, Malik yang juga bekas kekasih kepada model terkenal, Gigi Hadid terlebih dahulu mengikuti akaun Instagram Gomez sejak beberapa tahun lalu.

Apabila peminat mengetahui Gomez mengikuti Malik dalam Instagram, rata-rata penggemar pelantun Lose You To Love Me berharap kedua-dua selebriti itu bersatu sebagai pasangan kekasih.

“Selera Gomez sangat bagus,” kata seorang peminatnya.

Bagaimanapun, tidak semua netizen merestui hubungan tersebut dan ada antara mereka berharap Gomez dan Malik tidak lebih daripada sekadar rakan artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI