fbpx

Bantu jurufoto jatuh, punggung Lady Gaga kena tepuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUNGGUNG Lady Gaga ditepuk ketika acara acara karpet merah Academy Awards ke-95 yang berlangsung hari ini.

STATUS selebriti ‘papan atas’ Hollywood bukan penghalang penyanyi dan pelakon, Lady Gaga meluru laju membantu seorang jurufoto yang hampir tergelincir pada acara berprestij, Academy Awards ke-95 yang berlangsung hari ini.

Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta bertindak menenangkan petugas media itu ketika acara karpet merah namun balasan yang diterima sebaliknya apabila punggungnya pula yang ditepuk menjadi ‘habuan’ tepukan lelaki itu.

Biarpun kelihatan seperti tidak sengaja, Gaga, 37, tetap kelihatan tidak selesa dengan situasi punggungnya ditepuk beberapa kali ketika niat murninya hanya satu iaitu untuk memberi bantuan.

“Gaga bantu dan anda tepuk (punggungnya) sebagai balasan? Itu sangat tak okey!,” ciap seorang peminat menerusi Twitter.

Bagaimanapun, seorang peminat lain berpendapat bahawa barangkali lelaki itu mungkin tidak berniat untuk menyentuh Gaga sedemikian rupa.

“Saya yakin lelaki itu tidak berniat menepuk punggung Gaga. Mungkin dia berasa gemuruh dan menyentuh Gaga sebagai isyarat memberitahu bahawa dirinya dalam keadaan okey selepas hampir terjatuh,” tulisnya.

Pelantun lagu Bad Romance itu mengayakan dres terbaharu berona hitam jenama terkemuka dunia, Versace yang menampakkan bahagian belakang badannya termasuk belahan punggungnya pada acara tersebut.

Gaga menerima pencalonan untuk kategori Lagu Asal Terbaik menerusi lagu yang merupakan runut bunyi filem Top Gun: Maverick iaitu Hold My Hand di samping beberapa persaing lain termasuklah, Naatu Naatu (Rrr), This Is A Life (Everything Everywhere All at Once) dan Lift Me Up (Wakanda Forever).

Kategori berkenaan bagaimanapun dimenangi lagu bahasa Urdu, Naatu Naatu yang dipetik daripada filem, Rrr.

Ini merupakan pencalonan kali keempat Gaga pada acara tersebut. Sebelum ini dia pernah dicalonkan tiga kali dalam kategori Lagu Asal Terbaik dan menang sekali menerusi Shallow (A Star Is Born).

Dalam kategori lakonan pula, Gaga pernah tercalon dalam kategori utama, Pelakon Wanita Terbaik dalam filem terbabit pada edisi sama.

Academy Awards ke-95 berlangsung hari ini di Dolby Theatre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan diacarakan oleh hos, Jimmy Kimmel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI