fbpx

3 buah rumah terjejas dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga buah rumah teres dua tingkat terjejas dalam satu kebakaran di Taman Gunung Mas, di sini, malam tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Tiga buah rumah teres dua tingkat terjejas dalam satu kebakaran di Taman Gunung Mas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Mohd Zayyid Zakaria berkata, dalam kejadian itu, sepasukan Bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.13 malam.

Menurutnya, sebaik sampai, api sedang marak di rumah pertama dan pasukan bomba segera melakukan kerja-kerja pemadaman api serta mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berdekatan.

“Dalam kebakaran ini, rumah pertama bekeluasan 25 x 60 kaki persegi mengalami kebakaran yang dianggarkan sekitar 60 peratus, manakala rumah kedua pula bekeluasan 20 x 60 kaki persegi dianggarkan terbakar kira-kira 20 peratus. Rumah ketiga terjejas di bahagian hadapan melibatkan pendawaian.

“Selain itu, kebakaran ini juga melibatkan dua buah kenderaan di rumah pertama iaitu jenis Toyota Wish dan motosikal. Di rumah kedua pula, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di hadapan rumah terbakar.

“Dalam kejadian ini, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.36 malam dengan bantuan dua lagi balai bomba dari Kota dan Rembau dengan jumlah kekuatan 26 anggota serta pegawai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd Zayyid berkata, tiada individu yang cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, mangsa di rumah pertama, Bong Sing Chong, 66, berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat dua rumah dan baharu sahaja ingin tidur sebelum terdengar bunyi letupan kuat.

“Masa kejadian ada isteri dan seorang cucu saya di rumah. Kami segera keluar mengikut pintu belakang rumah bagi menyelamatkan diri. Kami sudah lebih 10 tahun menetap di sini dan kejadian ini baru pertama kali berlaku.

Menurutnya, dia tidak sempat menyelamatkan dua kenderaan yang diparkir di hadapan rumah dan terkejut bercampur sedih apabila melihat kedua-duanya sudah musnah terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI