fbpx

Lelaki rompak bank cuma AS$1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 65 tahun merompak AS$1 dari sebuah bank di bandar raya Salt Lake City pada Isnin lalu. - Foto shelly9501/eBay

BANDAR RAYA SALT LAKE  – Seorang lelaki berusia 65 tahun merompak sebuah bank di Amerika Syarikat pada Isnin lalu dan meminta wang hanya AS$1 (RM4.52), lapor portal berita Complex.

Donald Santacroce berjalan masuk ke dalam sebuah bank di Bandar Raya Salt Lake,  Utah dan menuju ke arah juruwang lalu menyerahkan nota berbunyi: “Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya AS$1. Terima kasih.”

Juruwang kemudian memintanya pergi selepas mereka memberinya wang tersebut tetapi dia memutuskan untuk kekal dan menunggu ketibaan pihak berkuasa. 

Lelaki berkenaan nampaknya juga membuat komen tentang polis yang lambat  tiba. Dia berkata, mereka yang berada di dalam bank itu bernasib baik kerana dia tidak mempunyai pistol, demikian menurut afidavit penangkapannya.

Komen itu mendorong pengurus dan pekerja bank bersembunyi di sebuah bilik belakang bank tersebut.

Apabila polis tiba, dia menyerahkan wang itu dan mengaku merompak bank tersebut.

Lelaki itu juga berkata kepada polis bahawa dia mahu pergi ke penjara persekutuan kerana telah melakukan jenayah persekutuan. 

Dia ditangkap dan kemudian didakwa kerana melakukan jenayah rompakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI