fbpx

Berantakan ke mahkamah, lawan tetap lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH keberantakan rumah tangga artis merupakan kes paling mendapat netizen selain pertuduhan rasuah dan jenayah berprofil tinggi membabitkan orang kenamaan.

BETAPA berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Barangkali perumpamaan tersebut dirasai pasangan selebriti yang kini memasuki fasa gelombang, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Kalau bukan berstatus selebriti, kisah perkahwinan mereka barangkali tidak akan dijaja dan dicanang sini sana kerana di luar sana, lebih ramai lagi pasangan lain yang berdepan krisis rumah tangga bahkan lagi dahsyat daripada apa yang terjadi kepada mereka.

Seperti yang dikatakan, 7 Mac lalu, Sarah dan Syamsul diminta mahkamah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai, sekali gus mereka masih berstatus suami isteri buat masa sekarang.

Syamsul tak takut

Ketika Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof dilihat lebih banyak mengambil pendekatan berdiam diri sejak mendedahkan sudah berkahwin dua iaitu dengan Ira Kazar awal tahun lalu, Sarah terus berjuang untuk mendapatkan keadilan sebagai seorang isteri.

“Lawan tetap lawan. Saya tidak akan berundur dan tak berasa takut. Saya dah beritahu ibu keluarga mentua saya (sebelum turun ke mahkamah).

“Mereka pun beri sokongan kepada saya agar terus lawan,” ujar Sarah, 38, kepada Pose beberapa hari sebelum prosiding sebutan pertama permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apa yang berlaku kepada Sarah dan Syamsul membuktikan bahawa langit tidak selalunya cerah.

Mereka berkahwin, membina keluarga bahagia bersama, dikurniakan rezeki harta dan termasuk yang paling bernilai iaitu dua orang anak, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Namun semuanya boleh tergadai begitu saja.

Pertahan wanita – Sara Ali

Situasi yang dilalui mereka secara tidak langsung memberi dampak kepada rakan seindustri yang turut mempunyai pandangan tersendiri. Pelakon Sara Ali mendoakan yang baik-baik buat agar diberikan jalan solusi terbaik daripada permasalahan tercetus.

“Saya belum berkahwin. Jadi, saya tak berani nak komen panjang tentang apa yang berlaku. Bagaimanapun, terbaca atau mengikuti perjuangan sahabat-sahabat dalam industri, saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala-galanya.

“Untuk kawan-kawan saya terutama yang wanita, kalian semua ada ‘value’ dan maruah kita sebagai wanita lagi tinggi. Tolong sayang diri sendiri. Kalau orang itu dah tak sukakan kita, tidak mengapa.

“Senang untuk saya belum berkahwin bercakap tapi mereka yang dah berkahwin apatah lagi dah punya anak, benda ini rumit dan saya percaya ini semua ujian buat mereka yang terlibat,” kata pelakon drama, Nenek Bongkok Tiga itu.

Profesionalisme vs peribadi – Sam

Sementara itu, pelakon berpengalaman, Shaheizy Sam berpandangan, seseorang pelaku seni perlu tahu ‘memisahkan’ antara perihal kerjaya dan peribadi.

“Saya bukannya baik sangat tetapi apa yang berlaku sekarang ini melibatkan anak seni buat saya ‘terbangun’ bahawa kita perlu betul-betul pandai bezakan soal kerjaya dan peribadi.

“Saya sendiri ada zaman ‘nakal’ tapi saya selalu berpegang teguh kepada prinsip, kalau dah terima seseorang itu sebahagian daripada kehidupan, saya perlu berubah.

“Setiap hari, saya cuba yang terbaik untuk tidak menjadi siapa saya pada hari ‘semalam’. Umur pun dah meningkat, saya perlu tahu semua ini tidak akan berpanjangan. Keluarga adalah nombor satu pada saya,” kongsinya.

Ujian hidup – Akim

Pandangan berjisim sama dikongsi penyanyi dan komposer, Akim Ahmad yang percaya bahawa, masa depan adalah sesuatu yang manusia hanya rancang, namun ketentuan terletak kepada Ilahi.

“Saya tak berani komen macam saya dan isterilah pasangan paling ‘cool’ dalam dunia. Saya percaya dalam hidup ini ada bermacam-macam ujian. Buat pasangan suami isteri, hidup sentiasa akan ada pasang surut dalam perhubungan.

“Tiada manusia yang sempurna serba-serbi. Sungguhpun begitu, bila dah berkeluarga dan mempunyai anak, semakin saya sedar apa keutamaan dalam kehidupan. Mengapa saya perlu terus bertahan apa pemangkin saya dan isteri kekal sampai sekarang,” ulas Akim.

Acap kali golongan selebriti sering dikaitkan dengan perkahwinan yang bersifat sementara. Hari ini berkahwin, esok lusa bercerai sedangkan kita sebagai manusia lupa bahawa dalam dunia ini, tiada yang bersifat selama-lamanya.

‘Kun Fayakun’ atau dari sudut pandang orang Barat’, ‘Que sera, sera. Bukan hanya kisah berkait Syamsul-Puteri Sarah sahaja bahkan yang lain termasuklah Hafidz Roshdi-Shuhada dan Alicia serta mantan suami yang bercerai selepas dua tahun usia perkahwinan.

Kita merancang sebaik-baiknya, namun ketentuan yang terbaik datang dari Dia yang maha berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI