fbpx

Peruntukan RM9.3 juta naik taraf 38 klinik daif di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman (lima dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada wakil Jabatan Kerja Raya sebagai simbolik perasmian bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah, Tanah Merah hari ini. -Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

TANAH MERAH – Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukan dana sebanyak RM9.3 juta bagi projek naik taraf 38 buah klinik kesihatan daif di Kelantan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, peruntukan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk KKM dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Katanya, projek baik pulih klinik-klinik daif itu dapat mempertingkatkan perkhidmatan di peringkat ‘primary healthcare’ selain membantu mengurangkan kesesakan di hospital kerana rawatan awal dan ringan dapat dibuat di klinik-klinik kesihatan terlebih dahulu.

“Peruntukan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

“Projek naik taraf klinik-klinik ini memberi manfaat dan menjaga kebajikan kepada rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Bangunan tambahan hospital tersebut yang bernilai RM153.2 juta bakal memberi manfaat kepada lebih 400,000 pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan dan penyediaan 124 katil hospital dengan fasiliti yang lebih canggih.

Selain itu, projek tersebut menambah satu lagi kepakaran di Hospital Tanah Merah iaitu perkhidmatan oftalmologi iaitu mata dan turut memudahkan pesakit yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Mengulas lanjut, Lukanisman memberitahu, empat lagi projek fasiliti kesihatan di bawah Jabatan Kerja Raya di Kelantan bakal siap pada April ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI