fbpx

18 pegawai ATM berjaya ditauliah, dipakaikan pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kiri) sedang memakaikan pangkat kepada salah seorang Pegawai Kadet ATM.

PETALING JAYA – Seramai 18 Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya dipakaikan Pangkat Pegawai Kadet (PK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (Program 2U2I) Juruterbang, di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Pegawai-pegawai tersebut terdiri daripada dua cabang perkhidmatan iaitu tiga pegawai lelaki Tentera Darat Malaysia (TDM) manakala 14 pegawai lelaki dan seorang pegawai wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebelum ini mereka telah berjaya menamatkan program latihan dan Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan telah dilaksanakan oleh Panglima Tentera Udara di Kolej Tentera Udara pada 17 Disember lalu.

“Majlis ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada ATM kerana berjaya melahirkan juruterbang muda melalui program Latihan 2U2I yang menggunakan kepakaran di peringkat TUDM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir menyaksikan majlis, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mod Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Terdahulu, program ini telah dilaksanakan mulai 13 Julai 2018, sehingga 7 Februari 2021 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi program 2U dengan lulus Kepujian Kelas Kedua (Tinggi), ljazah Sarjana Muda Penerbangan (ZK61).

Seterusya mulai 8 Februari 2021 hingga 17 Disember tahun lalu, latihan di Institut Penerbangan 1 dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 1 dan INSPEN 2) bagi program 2I turut diteruskan.

Bagi PK yang lulus Kursus Asas Penerbangan (BFC) Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter (BHFC) Siri 63/21, mereka seterusya layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM dengan pangkat Leftenan Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI