fbpx

Penolong eksekutif kanan Felcra didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnani (kanan) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas pertuduhan menipu Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah berkaitan permohonan tanah pertanian, dua tahun lalu. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang penolong eksekutif kanan Felcra Berhad didenda RM10,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah berkaitan permohonan tanah pertanian, dua tahun lalu.

Tertuduh, Rosnani Hashim, 55, juga berdepan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Rosnani mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM6000 dilucutkan hak di bawah Seksyen 40(1) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa memperdaya Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah iaitu dengan curang mendorong Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah untuk mempercayai bahawa seorang wanita lain telah membuat permohonan tanah pada 24 April 2019.

Permohonan bagi tanah pertanian itu untuk tanaman kelapa sawit di Mukim Bota, RPB Suak Sodang di mana diketahui tertuduh tidak benar.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta di Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar pada pukul 11.20 pagi, 2 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI