fbpx

‘Kami takut jadi mangsa pencemaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Kampung Baharu, Tasek Gelugor berkumpul secara aman bagi membantah pembinaan kilang makanan haiwan di lokasi berkenaan kelmarin.

SEBERANG PERAI – Rancangan untuk membina sebuah kilang makanan ruminan untuk haiwan peliharaan di Kampung Baharu, Tasek Gelugor di sini, mengundang bantahan daripada penduduk setempat yang mendakwa cadangan itu boleh menyebabkan risiko pencemaran dan ke­selamatan.

Bantahan disuarakan kira-kira 30 penduduk pada petang kelmarin dengan masing-masing meme­gang sepanduk bertulis: Kampung Baharu Kampung Orang Melayu, Kampung Baharu Ta­nah Warisan, Pi Buat Di Tempat Lain, Bukan Kampung Kami dan Kami Bantah.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua penduduk berkumpul di lokasi sama selepas kali pertama dilakukan bagi bantahan projek pembinaan kilang kayu kira-kira 10 tahun lalu.

Seorang penduduk, Azmi Man, 61, berkata, rancangan projek baharu bagi pembinaan kilang makanan haiwan di tanah yang sama itu sememangnya menggusarkan penduduk setempat.

Katanya, lokasi pembinaan kilang itu juga terletak berhampiran kediaman keluarganya.

“Perkara sebegini perlu diberi perhatian. Lagi pun tanah di kawasan ini adalah jenis pertanian dan bukan tanah perindustrian.

“Bila wujud kilang makanan haiwan di kampung ini, pasti timbul banyak masalah terutama pencemaran bau. Sebelum ini, penduduk di kampung ini berdepan tekanan dengan bau najis khinzir dalam sungai,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Seorang lagi penduduk, Abdul Razak A. Rahman, 71, mengakui projek pembinaan kilang di kampung berkenaan adalah tidak sesuai berbanding jika dibangunkan di kawasan pembinaan kilang di daerah Seberang Perai Utara (SPU).

“Masalah sebegini pernah dikemukakan kepada bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Hari ini, kami me­minta budi bicara Ahli Parlimen Kepala Batas,

Dr. Siti Mastura Muhammad pula menyelesaikan masalah tersebut sebaik dia me­lawat tapak kilang itu baru-baru ini,” jelasnya.

Imam Masjid Kariah Kampung Baharu, Mohd Helmei Yusop, 59, berkata, tandatangan berhubung bantahan penduduk terbabit pernah diserah kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI