fbpx

BSN sumbang kotak keperluan asas RM50,000 untuk mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat, BSN Care menghulurkan sumbangan kotak keperluan asas dengan jumlah keseluruhan bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir di Johor.

Kotak keperluan asas yang mengandungi barangan makanan, minuman serta keperluan harian lain bernilai RM100 setiap satu berkenaan telah diserahkan kepada mangsa banjir melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jay Khairil Jeremy berkata, beliau berharap bantuan pelbagai bentuk daripada pihaknya dapat meringankan beban mangsa banjir.

“Pihak BSN menzahirkan rasa prihatin dan simpati terhadap mangsa bencana banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

“Pelanggan BSN yang terjejas pendapatan boleh menghubungi BSN untuk berbincang mengenai bantuan pembayaran balik pembiayaan termasuk moratorium atau yang bersesuaian dengan menghantarkan e-mel ke [email protected].

“Caj bagi penggantian kad kredit dan kad debit BSN yang rosak atau hilang ekoran bencana banjir juga akan dikecualikan,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilik perniagaan mikro yang terkesan dan memerlukan pembiayaan untuk membangunkan semula perniagaan mereka, boleh memohon Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga.

“Skim pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM50,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) bagi enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

“Melalui skim ini, perusahaan mikro dalam semua jenis sektor perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan,” katanya.

Seterusnya, BSN juga menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) dengan pembiayaan sehingga RM75,000 untuk tempoh pembiayaan yang sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.