fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Pahang menurun 2,268 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan pemantauan di perkampungan Orang Asli Kampung Pinang yang dinaiki air di Rompin.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun kepada 2,268 orang berbanding 2,684 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 655 keluarga itu di tempatkan di 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah negeri ini.

“Rompin masih menunjukkan bilangan mangsa yang tertinggi iaitu 2,255 orang daripada 653 buah keluarga yang berada di 15 buah PPS daerah itu. Di Maran terdapat 13 orang mangsa daripada dua buah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini hanya Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI