fbpx

Abby Abadi kehilangan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBY berkata, arwah bapanya seorang yang baik dan telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna buat semua anak-anaknya.

PETALING JAYA – Genap lima bulan pemergian bonda tercinta, Hasnah Abu, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi sekali lagi melalui tempoh duka apabila bapanya, Abdul Manan, menghembuskan nafas terakhir pukul 9 pagi semalam.

Khabar menyedihkan itu dikongsikan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, menerusi hantaran dalam Instagram.

Bagaimanapun, selebriti yang kini mengusahakan perniagaan sendiri tidak mendedahkan perincian mengenai pemergian insan kesayangannya itu.

Namun sebelum ini Abby yang juga ibu kepada enam cahaya mata pernah berkongsi mengenai keadaan ayahnya yang sudah semakin uzur.

Menerusi hantaran sama, dia turut meluahkan penghargaan atas jasa Allahyarham menjaga mereka sekeluarga dengan penuh tanggungjawab, selain berbangga dengan sikap dimiliki lelaki berusia 87 tahun itu.

“Saya bersaksi bahawa ayah ini menjaga saya dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.

“Banyak sifat baik ayah, tapi yang dapat dekat saya ialah ayah suka bersedekah. Walaupun tak banyak mana, tapi ayah suka berbelanja untuk memberi kepada orang lain.

“Memang ada yang kurang sebab ayah anak ramai tetapi untuk bahagian saya, saya rasa cukup. Terima kasih ayah, sungguh adik rindu,” tulisnya.

Jenazah dimandikan di Masjid Asobirin AU5C sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, selepas solat Zohor, semalam.

Pada Oktober tahun lalu, Abby kehilangan ibunya yang pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI