fbpx

Syaikhul tahu konflik saya dan Syamsul dari YouTube – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah bersyukur dikurniakan bapa dan ibu mentua baik yang sentiasa menyokongnya berdepan masalah rumah tangga sejak dahulu.

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah mendedahkan anak sulungnya, Syaikhul Islam maklum mengenai konflik rumah tangga membabitkan dirinya dan suami, Syamsul Yusof menerusi YouTube.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, perkara tersebut hanya dikongsikan kepada datuknya, Datuk Yusof Haslam yang meminta si kecil berusia enam tahun tidak bimbang.

“Dia mungkin dengar (berita) dari YouTube tetapi tak tanya terus dengan saya, sebaliknya cuma bercerita kepada datuknya.

“Syaikhul sendiri bercakap dengan datuknya, ‘Abang (Syaikhul) sudah tahu’ merujuk apa yang sedang berlaku antara kami berdua.

“Jadi Datuk (Yusof Haslam) dan Datin (Patimah Ismail) telah terangkan segala-galanya. Saya tidak pasti reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara itu.

“Mereka katakan, walau apa pun yang terjadi, mereka tetap menyayangi Syaikhul dan Sumayyah, selain berharap dia tidak perlu risau,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding sebutan pertama permohonan perceraian yang turut dihadiri suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi..

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, yang hadir ditemani adik serta peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader bersyukur mendapat sokongan ibu dan bapa mentua sepanjang tempoh sukar.

“Saya bersyukur kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang sangat baik,” katanya.

Menurut Puteri Sarah lagi, dia hanya meminta untuk dilepaskan kerana tiada lagi perasaan sayang biarpun di dalam kamar mahkamah Syamsul mengatakan masih ada sinar untuk perkahwinan mereka.

Katanya, selepas lebih setahun tidak bertemu malah sewaktu dimasukkan ke wad baru-baru ini pun tiada suami datang melawat, tiada sebab untuk mereka terus bersatu.

“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu dia tengok saya atau tidak. Saya hanya mahu terus pandang ke depan.

“Saya nak berpisah secara baik. Di mana sinar yang dikatakan kalau sakit pun dia tak datang jenguk. Dahlah, bye-bye (selamat tinggal),” luahnya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diminta mahkamah untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI