fbpx

Saya masih bujang, bila masa kahwin? – Idris Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS Khan mengimpikan calon isteri dalam kalangan bukan orang industri demi mengelakkan timbulnya perasaan bosan dalam rumah tangganya kelak.

PETALING JAYA – Pelakon tampan Idris Khan menafikan desas-desus mengatakan dirinya kini sudah pun berstatus suami orang apabila didakwa telah berkahwin dengan seorang wanita asal Maghribi bernama Sanaa Jeljalane.

Pada masa sama, Idris atau nama lengkapnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan menegaskan dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

“Siapa cakap saya dah kahwin? Khabar angin sahaja. Saya bukan suami orang.

“Tapi buat masa ini status kami hanya sekadar kawan sebab kami fokus dengan karier masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pelakon berusia 35 tahun itu, dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin kerana sedang gembira menikmati kehidupan solonya dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan dan perniagaan yang sedang diusahakan.

“Saya tidak mencari calon dan gembira menjalani kehidupan sekarang. Terlalu banyak perkara yang telah dirancang pada tahun ini. Jadi untuk ke fasa itu (berkahwin) memang belum lagi,” jelasnya.

Ketika disoal tentang kriteria wanita idaman yang dicari, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu mahukan seorang calon isteri yang bukan dalam kalangan orang industri.

Alasan Idris, dia tidak mahu rumah tangganya bersama isteri menjadi bosan kerana diisi dengan topik yang sama iaitu berkaitan industri seni hiburan.

“Saya mahu seseorang yang bukan dalam kalangan orang industri. Saya tidak mahu sebab kalau saya pergi kerja, balik rumah nanti kami akan berbual tentang topik yang sama.

“Takut nanti bosan. Saya mahu sesuatu yang berbeza dan mencari seseorang yang berbeza untuk hubungan jangka masa panjang ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju raya 2023 pereka fesyen, Rizman Ruzaini di Hotel St. Regis, baru-baru ini.

Untuk rekod, Idris dan Sanaa sepatutnya berkahwin pada 2018, namun perancangan itu terpaksa ditunda.

Idris kemudiannya sekali lagi merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 2019, tetapi juga ditunda untuk kali kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI