fbpx

Perwakilan kuasa ditambah percepat penganugerahan pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hasan memakaikan anugerah Pingat Jasa Malaysia pada Majlis Penganugerahan PJM kepada seramai 450 orang veteran ATM, balu serta wakil waris yang diadakan di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan, Seremban hari ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kementerian Pertahanan akan menambah perwakilan kuasa bagi mempercepatkan penyempurnaan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada kira-kira 45,000 veteran tentera yang belum menerimanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebelum ini perwakilan kuasa diberi kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Ketua-ketua Perkhidmatan ATM, tetapi beliau memutuskan untuk diberikan kuasa kepada panglima dalam cabang lain ketenteraan.

Mohamad berkata, perwakilan kuasa baharu itu termasuk Panglima Medan Tentera Darat Malaysia, Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panglima Wilayah Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia serta yang setaraf untuk diberikan kuasa yang sama.

“Terdapat lebih 40,000 veteran yang masih menunggu, jika tidak tambah (perwakilan kuasa) sehingga tahun 2049 baru habis (selesai), jadi ia perlu dipercepatkan kerana ramai yang masih belum terima.

“Kami cuba buat penganugerahan secepat mungkin dengan penambahan bilangan (perwakilan kuasa) dan majlis diperbanyakkan agar masa menunggu dapat dikurangkan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 450 veteran ATM, balu serta wakil di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan di sini hari ini.

Menurut Mohamad, penganugerahan PJM adalah daripada Yang di-Pertuan Agong dan statusnya perlu dijaga yang mana perwakilan kuasa yang dilantik sebaiknya dalam kalangan kuasa yang tinggi tidak boleh terlalu bawah (kuasa).

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu, kementerian akan menambah peruntukan RM21 juta selaras dengan cadangan pihaknya agar 6,000 lagi veteran ATM berpeluang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Sedia ada 9,000 orang, kami mahu tambah 6,000 orang lagi jadi semuanya 15,000 penerima BSH veteran ATM. Kami akan bawa kepada kerajaan sebagai tambahan bajet, jika tiada pun pihak kementerian akan lakukan secara dalaman untuk disegerakan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI