fbpx

Lombong sabung ayam diserbu, tangkap 6 kaki judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaki judi yang ditahan polis.

KUALA LANGAT – Kegiatan judi sabung ayam pada hujung minggu dalam kawasan lombong di Jalan Persiaran Bayu Bandar sejak dua bulan lalu terbongkar selepas digempur polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang, sekumpulan kaki judi bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, pihaknya berjaya menahan enam lelaki termasuk warga Vietnam berusia 31 hingga 55 tahun.

Katanya, turut dirampas adalah 25 ekor ayam jantan yang digunakan bagi perjudian tersebut dan siasatan mendapati kesemua kaki judi yang ditahan berasal sekitar daerah ini dengan aktiviti tersebut dilakukan setiap hujung minggu.

“Berdasarkan daripada pengakuan tangkapan mendapati jumlah setiap pertaruhan antara RM200 hingga RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, kes disiasat dibawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu berjudi ditempat awam atau mana-mana orang berjudi di tempat awam. Sabit kesalahan boleh didenda maksimun RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI