fbpx

Baju Melayu, kurung sofistikated duo fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu baju kurung dan baju Melayu yang diketengahkan Rizman Ruzaini

DUO fesyen tanah air terkemuka, Rizman Ruzaini tidak perlu diperkenalkan lagi, memandangkan kedua-duanya sudah mencipta nama dalam industri fesyen sejak lebih sedekad lalu selain telah

memberi sumbangan besar dalam industri fesyen negara.

Sentuhan dua pereka ini dalam menghasilkan busana perkahwinan atau majlis berprestij sering mencuri tumpuan dan menjadi pilihan buat selebriti atau mereka yang sukakan gaya mewah, namun pada masa sama klasik serta sofistikated.

Sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Rizman Ruzaini telah tampil dengan satu pertunjukan fesyen di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur bagi mempamerkan koleksi mereka.

Sebanyak 75 busana diperagakan pada malam Jumaat lalu yang terdiri daripada busana lelaki dan juga wanita.

Jelas Rizman atau nama sebenarnya Rizman Nordin, pertunjukan fesyen Aidilfitri yang dianjurkan itu merupakan pertunjukan fesyen pertama yang dianjurkan sepenuhnya oleh jenama itu selepas pandemik.

“Jika sebelum ini, kami ada memperagakan koleksi fesyen kami, namun ia menerusi acara fesyen lain seperti Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan sebagainya, namun kali ini, ia dianjurkan sepenuhnya oleh kami dan syukur berjalan lancar,” katanya.

Menerusi koleksi RR Raya 2023, Rizman berkata, dia sebenarnya menghasilkan hampir 100 look, namun hanya memperagakan 75 look bagi mengelak pertunjukan fesyen itu menjadi terlalu panjang.

Jelas Ruzaini atau Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil pula, pertunjukan fesyen itu juga merupakan antara yang terbesar pernah dianjurkan label itu, yang juga menggunakan khidmat 60 orang model, diiringi pertunjukan orkestra alunan lagu-lagu raya oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Antara busana yang ditampilkan termasuk baju Melayu lelaki dan juga kurung labuh untuk wanita.

Baju kurung potongan labuh yang kelihatan unik dan menarik.

Gaya signatur bagi koleksi baju kurung RR Raya 2023 kali ini terletak pada perincian puff di lengan baju kurung, yang memberikan sentuhan unik dan elegan pada busana tersebut.

Rizman menjelaskan, bagi koleksi RR Raya 2023 kali ini, label itu berusaha menghasilkan semua jenis koleksi yang boleh digayakan semua individu, daripada baju kurung dengan rekaan asas dan ringkas sehinggalah baju kurung dengan perincian mewah.

Sebagai nilai tambah, kesemua pembelian baju kurung dalam segmen polos atau baju kurung tanpa corak, ia didatangkan bersama sehelai tudung yang sepadan dengan baju.

“Mereka yang membeli busana daripada koleksi ini juga tidak perlu ‘pening’ untuk mencari tudung lain untuk dipadankan bersama baju.

“Bagi segmen bercorak pula, kami mempertaruhkan corak seperti songket dan pua kumbu yang cantik dan eksklusif,” katanya.

Ujar Ruzaini lagi, biarpun mengeluarkan hampir 100 jenis rekaan, jenama itu masih mengekalkan DNA Rizman Ruzaini pada setiap busana tersebut.

“Jika dilihat, kami masih lagi mengekalkan gaya yang sinonim dengan jenama Rizman Ruzaini.

“Potongan pakaian bagi koleksi kali ini bersifat clean dan sleek serta diserikan lagi dengan sedikit perincian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI