fbpx

Aliff menangis teresak-esak, Sarah Yasmine ugut putus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Aziz menangis selepas diugut putus hubungan dengan Sarah Yasmine.

PETALING JAYA – Pelakon Aliff Aziz menangis apabila wanita didakwa sebagai kekasih gelapnya, Sarah Yasmine bertindak mahu meninggalkan dirinya selepas satu pergaduhan, baru-baru ini.

Situasi suami kepada Bella Astillah itu merayu sambil teresak-esak dikongsikan Sarah menerusi satu rakaman beberapa saat.

“Adalah pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.

“Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan jadi begini (menangis dan merayu),” katanya pada temu bual dengan sebuah portal.

Begitupun, menurut wanita terbabit, dia bukan mahu memutuskan hubungan dengan Aliff, sebaliknya itu hanya sebagai amaran agar lelaki berkenaan meninggalkan tabiat buruk.

“Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis,” ujarnya.

Awa minggu lalu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.

Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI