fbpx

Hujung samping tajam punca seluar berbulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok @ChekguZack menyarankan pemakai menjahit hujung samping untuk elak seluar baju Melayu berbulu.

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok @Chekgu Zack berkongsi tips elak seluar baju Melayu daripada berbulu seperti yang ditularkan di media sosial tempoh hari.

Video perkongsiannya yang dimuat naik semalam itu mendapat lebih 100,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Seluar baju Melayu berbulu. Ramai kata kain tak berkualiti dan sebagainya walaupun daripada jenama yang mahal.

“Sebenarnya, bukan sebab kain tetapi disebabkan hujung samping yang tajam.

“Untuk hujung samping kena lipat dan jahit, jadi ia tak akan bergesel kena kain seluar baju Melayu. Jadi, tidak akan ada lagi isu kain berbulu,” ujarnya dalam video berkenaan.

Tambahnya, kebanyakan samping yang berharga bawah RM100 adalah jenis kain keras yang menjadi faktor seluar berbulu selain menyarankan pemakai untuk menjahit hujung samping terlebih dahulu.

Tinjauan Kosmo! di ruangan mendapati, sebahagian penonton bersetuju dengan perkongsian @Chekgu Zack dan ada pula yang mempunyai pendapat bercanggah selain membandingkan kualiti baju Melayu jenama lain.

“Betul setuju. Kesian jenama baju Melayu tu kena fitnah tapi mmg samping pun punya punca,” komen Reez.

“Pakai samping tu dengan baju lain okay je tak berbulu,” kata Noraziedaeng.

“Tak ada lah, kalau kain jenis tak elok, memang akan berbulu. Tak pasal samping kena fitnah,” tulis Apen.

Semalam, Kosmo! melaporkan keterujaan seorang lelaki untuk melaram dengan baju Melayu jenama terkenal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi igauan ngeri buatnya.

Ia kerana seluar baju Melayu tersebut ‘berbulu’ selepas didakwa terkena samping walaupun pakaian terbabit baru sekali dipakai.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram terbabit, beberapa helai seluar baju Melayu turut mengalami nasib sama akibat terkena samping. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI