fbpx

Tak tunai janji, Lady Gaga diugut RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY GAGA

GARA-gara disebabkan perbuatannya yang mungkir janji, penyanyi Lady Gaga berdepan ugutan melibatkan wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM2.2 juta) daripada seorang wanita.

Wanita dikenali sebagai Jennifer McBride itu meminta bayaran tersebut kerana menuntut hadiah yang dijanjikan Gaga selepas dia membantu memulangkan semula anjing kesayangan penyanyi itu yang hilang pada Februari tahun lalu.

Jennifer mendakwa Gaga menipunya apabila menawarkan habuan berupa wang tunai, namun tidak mengotakan janji tersebut selepas anjing peliharaannya sudah dikembalikan kepadanya.

Disebabkan hal tersebut, wanita itu mendakwa dia berasa sakit hati dan menderita secara mental.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia juga mendakwa sudah kehilangan nikmat hidup akibat tidak menerima hadiah seperti yang telah dijanjikan oleh pelantun lagu Born This Way itu.

Bagaimanapun, Gaga difahamkan enggan memenuhi janjinya selepas mendapat tahu bahawa Jennifer sebenarnya mempunyai hubungan dengan pencuri anjing peliharaannya.

Bahkan, kes ‘menculik’ anjing milik Gaga sebenarnya sebuah jenayah terancang yang diatur oleh beberapa orang individu untuk mendapatkan habuan daripada penyanyi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI