fbpx

Dewan Rakyat: 64,253 ‘potholes’ ditampal dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,700 potholes (jalan berlubang) di seluruh semenanjung Malaysia ditampal dalam tempoh 24 jam selepas penemuan atau menerusi aduan kerosakan bermula Januari hingga Disember lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, jumlah yang ditampal dalam tempoh sama adalah 56,553.

Pencapaian itu adalah sebahagian daripada Program Aku Janji Sifar Lubang bermula pada 3 Julai 2020 antara Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi bagi memantau kerosakan jalan raya.

“Melalui program ‘zero potholes’ ini, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam masa 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan.

“Selain itu, bagi memantau kualiti tampalan pothole, JKR juga melaksanakan Audit Tampalan Potholes bagi memastikan ia dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan pencapaian terkini pelaksanaan dasar ‘zero potholes’ yang dilaksanakan kementerian.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, hanya 431 pothole tidak dapat ditampal dalam tempoh 24 jam dengan peratusan pencapaian keseluruhan adalah 99.24 peratus.

“Lokasi yang tidak dapat ditampal dalam tempoh 24 jam adalah di Bintulu, Sarawak yang melibatkan kerosakan dari Jalan Simpang Bakun ke Empangan Bakun disebabkan kenderaan lebih muatan.

“Kerosakan tetap berlaku walaupun kerja-kerja pembaikan dilaksanakan. Satu penyelesaian menyeluruh perlu melibatkan semua pihak terutamanya pihak termasuk Kementerian Pengangkutan dalam mencari penyelesaian kepada penggunaan kenderaan lebih muatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI