fbpx

StarVendors taja RM1 juta resepsi Fuad, Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA momen resepsi gemilang Fuad Rahman dan Tom yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Johor dihadiri 2,000 tetamu.

PETALING JAYA – Rezeki pengantin baharu, Fuad Rahman dan Tom diraikan dalam majlis persandingan besar-besaran yang dihadiri sekitar 2,000 tetamu di Stadium Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Istimewanya, hadiah berupa majlis resepsi daripada syarikat penganjur acara, StarVendors tersebut bernilai RM1 juta meliputi persalinan, aksesori pengantin, lokasi termasuk juadah kenduri.

Akui Fuad, dia tidak menyangka penyanyi Ifa Raziah selaku orang kuat pengelola acara jualan mega tersebut meraikan kehidupan baharunya bersama isteri dalam majlis yang cukup gah.

“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan pasukannya yang meraikan perkahwinan kami ini.

“Saya tak menyangka niat ingin mengadakan majlis persandingan yang sederhana sahaja menjadi seindah ini.

“Syukur alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan dan terima kasih kepada yang mendoakan,” kata penyanyi asal Singapura itu.

Fuad dan Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, yang bernikah di Batam pada 26 Februari lalu turut membuka gerai jualan di stadium berkenaan.

Pada masa sama, mereka mencipta rekod sebagai pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors.

Mengenakan persalinan songket rona cerah, mempelai diarak ke pentas utama yang dihias pelamin serba mewah di hadapan ribuan tetamu merangkap pengunjung festival berkenaan.

StarVendors Foodstival X Nunsantara Music Festival berlangsung selama tiga hari berakhir pada hari ini yang diadakan dengan kerjasama Tourism Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI