fbpx

Lelaki ‘kebas’ isteri kepada perosak rumah tangganya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neerja mengawini Rubi (isteri Mukesh) pada 18 Februari lalu. - Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dicemuh masyarakat setempat selepas isterinya nekad melarikan diri bersama lelaki lain, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Enggan berdiam diri, lelaki berkenaan kemudian bertindak mengahwini isteri kepada perosak rumah tangganya itu.

Kisah aneh itu dialami lelaki berkenaan, Neeraj dan Rubi Devi yang berasal dari negeri Bihar, Mereka sebelum itu telah berkahwin pada 2009 dan mempunyai empat orang anak.

Suatu hari, Neeraj mendapati Rubi menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki bernama Mukesh. Rubi melarikan diri bersama Mukesh pada tahun lepas dan mengahwini lelaki itu.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Neeraj mempunyai satu pilihan iaitu mengahwini wanita yang ditinggalkan oleh Mukesh bersama dua anak iaitu isterinya. Wanita itu secara kebetulan juga bernama Rubi. 

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas manakala kisah mereka kini menjadi perbualan penduduk di Khagaria.

Laman berita India Today melaporkan bahawa Neeraj dan Rubi (isteri Mukesh) mula berhubung melalui telefon selepas pasangan mereka berkahwin lari dan akhirnya jatuh cinta.

Setelah Neeraj membuat laporan polis terhadap Mukesh kerana melarikan isterinya, lelaki itu masih diburu polis sejak kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI