fbpx

Timbalan KPN baharu diumum selepas mesyuarat SPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan menentukan calon yang bakal menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Hussain yang akan bersara wajib pada 15 Mac ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SPP akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan calon-calon yang berpotensi untuk mengisi jawatan kedua kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Menurut beliau, terdapat beberapa calon layak diberi pertimbangan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Satu mesyuarat khas akan diadakan oleh SPP tidak lama lagi bagi menentukan kekosongan beberapa perjawatan tertinggi susulan persaraan wajib umur 60 tahun.

“Justeru, pemilihan dan penentuan akan dilakukan melalui mesyuarat SPP yang akan diadakan tidak lama lagi,

“Kita tunggu apa yang akan diumumkan SPP selepas mesyuarat nanti,” katanya ketika ditemui pada Majls Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 PDRM di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Zaini Jass pula akan bersara wajib pada 9 Mac ini diikuti Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain pada 14 Mac.

Selain itu, persaraan itu diikuti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah pada 31 Mac ini manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan pula akan bersara pada 16 April 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI