fbpx
Kejadian samun di tepi Jalan Mokhtar, Kapar, sebelum ini.

Tiga lelaki berparang samun wanita tepi jalan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tiga lelaki yang sebelum ini tular menyamun penyelia pasar raya mini di tepi Jalan Mohtar di sini, diberkas dalam dua lokasi di sekitar daerah ini.

Ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 46 tahun ditahan menerusi Op Cantas bermula kelmarin sehingga semalam di Jalan Dato Dagang dan Jalan Dato Yusuf Shahbudin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komsioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat kes samun tepi jalan dan memecah kedai besi buruk di Lembah Klang.

Katanya, polis menjumpai sebilah parang dan kereta jenis Honda City berwarna perak yang digunakan suspek dalam kejadian samun tersebut.

“Semakan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.  Kereta itu dilaporkan hilang di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyatan, hari ini.

Ujian saringan awal mendapati seorang suspek positif syabu. Kesemua mereka mempunyai rekod lampau termasuk dua daripada mereka memiliki 15 kes jenayah.

“Ketiga-tiga suspek kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kosmo! pada 17 Februari lalu melaporkan seorang penyelia pasar raya mini menempuh detik mendebarkan apabila disamun lelaki berparang dan berpelitup muka yang menaiki sebuah kereta di Jalan Mokhtar, Kapar di sini.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika wanita berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan sedang menuju ke keretanya di parkir tepi jalan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN