fbpx

Sumbat 9 PATI Myanmar dalam Honda Accord

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Thailand dan sembilan PATI Myanmar ditahan di dalam sebuah kereta di Kampung Jedok, Tanah Merah, semalam. FOTO IHSAN 2 DIVISYEN

TANAH MERAH – Seorang tekong darat yang membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar termasuk tiga wanita, dicekup semasa mereka berada di dalam sebuah kereta Kampung Jedok, di sini semalam.

Pemandu kereta jenis Honda Accord yang merupakan warganegara Thailand berusia 43 tahun dan kesemua PATI ditahan selepas anggota tentera melakukan tinjauan menggunakan dron kira-kira pukul 9.10 malam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa tinjauan dron di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia, anggota tentera mengesan kehadiran sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di pinggir Sungai Golok.

Menurutnya, pasukan yang terlibat kemudiannya berjaya menjejak dan menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki kesemua suspek di Kampung Jedok.

“Kereta tersebut dipandu seorang lelaki yang membawa seramai sembilan orang warga Myanmar iaitu tiga lelaki, tiga wanita serta tiga kanak-kanak lelaki berusia 6 hingga 26 tahun dan dipercayai baru melintasi sempadan negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, siasatan mendapati, pemandu kereta berkenaan dipercayai berperanan sebagai tekong darat yang membawa masuk kesemua PATI tersebut.

Katanya, anggota tentera turut merampas tujuh buah telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang, sebilah pedang samurai dan barangan kemas yang bernilai lebih RM87,774 manakala ssemua suspek diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga, di sini untuk tindakan lanjut.

“2 Divisyen akan terus mempertingkat rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya kes melibatkan PATI,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI