fbpx
Mas Salvation Nurashikin (tengah) ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang semalam.

‘Pukul 3 pagi kami berpindah ke PPS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Penduduk di Jalan Penghulu Kassim, Kampung Me­layu di sini terpaksa bangun pukul 3 pagi selepas diarahkan berpindah akibat kediaman mereka dinaiki air tengah malam kelmarin.

Daripada kejadian itu juga, penduduk terlibat hanya sempat membawa dokumen dan barang-barang penting kerana tidak menyangka akan berlaku banjir selepas kali terakhir pada tahun 2007.

Mas Salvation Nurashikin Noor Salmon, 32, berkata, pada mula­nya air hanya memenuhi longkang di hadapan rumah selepas pukul 9 malam menyebabkan mereka tidak menyangka akan melimpah hingga ke dalam rumah.

Katanya, akibat daripada kejadian mengejut ini, semua barang elektrik serta perabot tidak dapat diselamatkan apabila air naik sehingga ke paras lutut ketika penghuni rumah lena diulit mimpi.

“Kami tidak buat apa-apa persiapan kerana banjir tidak berlaku di kawasan perumahan ini bulan Januari lalu.

“Malah, kejadian terakhir pada tahun 2006 dan 2007 dimana banjir hanya berselang se­minggu iaitu pada Disember dan Januari,” katanya.

Nurashikin berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu (SKKM) di sini semalam.

Sementara itu, Abdul Talib Johari, 85, yang tinggal di Jalan Orked, Kampung Melayu berkata, keluarganya diarahkan berpindah kira-kira pukul 1 pagi selepas paras air semakin me­ningkat dan hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti pada malam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN