fbpx

Mahkamah: Satu kemenangan buat keluarga kami – Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika ditemui selepas prosiding kes Najib, hari ini. FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang melepas dan membebaskan suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pertuduhan laporan audit 1Malaysia Deveploment Berhad (1MDB) adalah satu kemenangan buat keluarganya.

Rosmah, 72, ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, dengan keputusan mahkamah hari ini sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn. Bhd.

“Syukur Alhamdulilah sebab kes yang hari ini adalah satu kemenangan bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami. Sudah tentu, keputusan ini memulihkan semangat bukan sahaja untuk Datuk (Najib) tapi untuk keluarga kami,” katanya.

Pada masa sama, Rosmah turut memaklumkan, beliau sempat bertemu Najib di mahkamah dan bekas Ahli Parlimen Pekan itu sempat menyatakan rasa syukur diatas keputusan mahkamah hari ini.

Terdahulu, Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Rayuan di Putrajaya, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Untuk rekod Rosmah juga masih dalam rayuan, terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Pada 1 September tahun lalu, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas dapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI