fbpx

Kerajaan diminta kenal pasti punca banjir kerap berlaku – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah mencemar duli beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di PPS Kampung Baru Sungai Chedong di Maran hari ini.

MARAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti punca banjir yang kerap berlaku setiap tahun terutama ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Baginda bertitah, kajian itu perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi mencari jalan penyelesaian untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang.

“Saya harap pihak kerajaan dapat memberi satu kajian yang teliti untuk menentukan usaha-usaha bagi mengurangkan bebanan banjir ini agar dapat diatasi untuk jangka pendek dan jangka panjang.

“Kalau dilihat dari segi jangka panjang, saya harap projek atau program tebatan banjir perlu dikaji dengan teliti khususnya Sungai Pahang supaya dapat didalamkan kerana kita faham sungai-sungai di Pahang sudah nampak cetek sangat,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda mendengar taklimat daripada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) Kampung Baru Sungai Chedong di sini hari ini.

Titah Seri Paduka Baginda lagi, setiap tahun, sungai-sungai menjadi cetek dan apabila tiba musim banjir, air sungai melimpah ke tebing-tebing berhampiran.

“Mungkin daripada (sudut) teknikal perlu buat kajian oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Soal kos kita fikir kemudian dan pandangan ini juga mungkin tertakluk pada sungai-sungai kecil di bandar, longkang kecil di tengah bandar termasuk longkang atau parit yang tidak diselenggara dengan baik yang mungkin menjadi asbab punca bermula masalah banjir di bandar,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut bertitah agar semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dapat menjaga keselamatan dan kebersihan sepanjang berada di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI