fbpx

Cacing jadi ‘lauk’ ketika sesat sebulan dalam hutan Amazon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acosta menerima rawatan selepas diselamatkan. - Newsflash

LA PAZ, Bolivia – Seorang lelaki di Bolivia yang tersesat di hutan Amazon selama 31 hari bertahan untuk terus hidup dengan memakan cacing serta serangga, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Jhonattan Acosta, 30, terpisah daripada empat rakannya ketika memburu di utara Bolivia. 

Selama sebulan, dia terpaksa meminum air hujan yang dikumpul di dalam kasutnya dan memakan cacing serta serangga, selain bersembunyi daripada jaguar dan peccaries iaitu sejenis mamalia seperti babi.

Dia juga memakan buah-buahan liar yang seakan-akan sama dengan betik, dikenali sebagai gargatae untuk bertahan hidup. 

Menurut Acosta, selepas 31 hari, dia ternampak kumpulan penyelamat sejauh kira-kira 300 meter sebelum berjalan terkial-kial ke arah mereka melalui semak berduri sambil menjerit meminta tolong.

Dia kemudian diselamatkan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada penduduk tempatan dan rakan-rakannya selepas sebulan dia dilaporkan hilang.

Acosta didapati kehilangan berat badan sebanyak 17 kilogram, buku lali terkehel dan mengalami dehidrasi ketika dia ditemui. Menurut mereka yang menjumpainya, dia masih boleh berjalan tetapi dalam keadaan tempang.

“Sungguh luar biasa, saya tidak percaya orang ramai meneruskan pencarian untuk sekian lama. Saya makan cacing dan serangga, anda tidak percaya semua yang saya lakukan untuk bertahan selama ini,” kata Acosta kepada Unitel TV.

Keluarga Acosta dilaporkan akan menyoal secara beransur-ansur mengenai butiran bagaimana lelaki tersebut boleh tersesat kerana dia masih mengalami gangguan psikologi akibat kejadian itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI