fbpx
Anwar bersama Amiruddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.- Foto FARIZ RUSADIO

Banjir: Bantuan segera RM50 juta kepada Johor – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Kerajaan akan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM50 juta kepada negeri Johor yang kini terjejas teruk akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut khusus untuk membantu mangsa banjir dan membaiki kemudahan infrastruktur.

Jelas Anwar, beberapa menteri juga telah turun ke Johor untuk meninjau perkembangan banjir di sana dan beliau juga akan ke sana dalam masa terdekat.

“Kita akan salurkan RM50 juta sebagai bantuan segera kepada negeri Johor untuk mangsa banjir, sungai (membaik pulih sungai-sungai terjejas) dan beberapa keperluan segera.

“Beberapa menteri akan turun hari ini dan esok sebahagian lagi dan saya juga akan atur (ke sana) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menunaikan solat di Masjid UPM bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, beliau sempat meluangkan masa bertemu dengan peniaga dan penduduk di Medan Selera Sri Serdang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN