fbpx
Azmi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

al-Quran dalam longkang, siasatan masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan 10 individu berhubung penemuan naskah al-Quran dipercayai dibuang di sebuah longkang lombong di Jinjang, di sini pada 19 Februari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti syarikat pencetak serta syarikat yang melakukan tempahan terhadap al-Quran tersebut.

“Kita masih meneruskan siasatan. Pasukan siasatan telah ke Kelantan untuk mengenal pasti syarikat mencetak dan syarikat yang membuat tempahan.

“Setakat ini kita telah merakam 10 percakapan individu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Azmi berharap agar orang ramai memberi peluang kepada polis untuk membuat siasatan lebih lanjut dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran banyak pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN