fbpx

UEM Edgenta catat untung bersih RM45.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrunizam Samsudin

PETALING JAYA – UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat
pengurusan aset dan penyelesaian Infrastruktur, mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM45.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022), berbanding RM43.4 juta pada tahun sebelumnya (TK2021).

Prestasi ini yang terus kekal berada di landasan yang tepat dengan mengisytiharkan dividen interim peringkat pertama yang lebih tinggi
sebanyak empat  sen sesaham bagi TK2022, memberikan hasil dividen sebanyak 4.2% kepada pemegang saham (berbanding harga saham dagangan terakhir pada 27 Feb 2023).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syahrunizam Samsudin berkata, berdasarkan kejayaan kontrak dan pertumbuhan antarabangsa, pendapatan  meningkat
sebanyak 10.1 peratus  kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih yang dinormalisasi pada TK2022 dicatatkan meningkat kepada RM62.9 juta berbanding RM57.3 juta pada TK2021.

Menurut beliau,  barisan teratas atau pertumbuhan pendapatan Kumpulan berada pada paras tertinggi sepanjang tahun yang dilaporkan, melepasi tahap sewaktu praCovid, manakala  barisan terbawah mengukuhkan perniagaan dan kewangan Kumpulan, walaupun menghadapi pelbagai tekanan luaran seperti kekhawatiran gaji, inflasi global dan gangguan rantaian bekalan.

“Disokong oleh perkhidmatan berkualiti dan keupayaan teknologi Kumpulan, kami mencatatkan kemenangan buku pesanan yang kukuh sebanyak RM1.36 bilion bagi tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus daripada tahun sebelumnya.

“Dengan 62 peratus daripada kemenangan baharu datang
daripada pasaran antarabangsa dan lebih daripada 60 peratus adalah kontrak baharu penjagaan kesihatan, UEM Edgenta akan  terus memanfaatkan kedudukan pasaran kukuh dalam pasaran operasi yang sedia ada sambil menguasai bahagian pasaran dalam pasaran pertumbuhan tinggi,” tambah beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI