fbpx

Lubuk kawah Sungai Sedim dalam, tak sesuai untuk mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lubuk kawah yang nampak tenang namun arusnya berpusar kuat di dasar dan membahayakan orang ramai yang mandi di situ. - AZAHAR HASHIM.

KULIM – Lubuk kawah di Sungai Sedim di sini yang meragut nyawa dua beradik Ahad lalu sememangnya dikenali lokasi berbahaya dan tiada penduduk sekitar mahupun pengunjung kawasan rekreasi berkenaan yang berani untuk mandi di situ.

Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Abdul Mutalib Che Sa berkata, kawasan berkenaan tiada papan tanda larangan kerana tiada pengunjung disebabkan kedudukannya jauh dari kawasan tumpuan orang ramai.

Menurutnya, untuk ke lubuk kawah, mereka perlu berjalan kaki sejauh 200 meter dari Tree Top Walk dan sebilangan penduduk ke kawasan itu hanya untuk memancing bukannya mandi-manda.

“Dalam kejadian Ahad lalu, kawasan dua beradik lemas itu memang bukan tempat mandi, malahan penduduk kampung itu sendiri tidak mandi di kawasan terbabit kerana bahaya.
“Air di lubuk kawah memang bahaya kerana dalam serta berpusar dan sangat berisiko untuk sesiapa mandi di situ,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Mutalib bagaimanapun berkata, kebanyakan kawasan berisiko di Sungai Sedim mempunyai papan tanda amaran untuk elakan pengunjung mandi di kawasan berkenaan seperti di kawasan lubuk siku.

“Selepas ini, diharap pihak berkuasa boleh memasang papan tanda amaran di laluan masuk ke kawasan lubuk kawah sebagai peringatan kepada orang ramai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi,” jelasnya.

Berita berkaitan: Dua beradik lemas dalam pusaran Air Terjun Sungai Sedim

Sementara itu, seorang pengunjung Shazwani Mohd Zin,30, dari Pantai Merdeka Sungai Petani memberitahu, dia telah dua kali ke Sungai Sedim untuk beriadah kerana tempat ini cantik dan airnya jernih serta sejuk.

Kosmo! pada 28 Februari lalu melaporkan, dua beradik masing-masing berumur 33 tahun 25 tahun ditemui lemas dalam kejadian pukul 3.20 petang selepas mandi di kawasan lubuk kawah di Sungai Sedim bersama tiga lagi rakan mereka.

Kejadian berlaku apabila berlaku pusaran air di kawasan berkenaan menarik ke dasar sungai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI