fbpx

Loyang kek tersekat pada leher kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba bekerjasama memotong loyang kek yang tersangkut pada leher mangsa. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi beberapa anggota bomba cuba mengeluarkan sebuah loyang kek yang tersekat pada leher seorang kanak-kanak, lapor laman berita Liputan6.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @yuliantaraburhan. Kejadian itu dikatakan berlaku di Jogjakarta.

Kanak-kanak tersebut dilihat berada di atas riba seorang wanita ketika anggota bomba cuba memotong loyang kek yang berdiameter kira-kira 20 hingga 22 sentimeter (sm).

Ibu bapa kanak-kanak itu cuba menanggalkan loyang kek tersebut tetapi gagal lalu meminta bantuan bomba.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seperti anak saudara saya tersangkut pada kerusi plastik, kelakar tapi kasihan,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI