fbpx

Lelaki maut dipercayai ditikam, suspek diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis sedang memeriksa mayat mangsa yang maut ditikam di di hadapan Medan Selera Lukut Jalan Besar.

PORT DICKSON – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Lukut Jalan Besar di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 7.35 malam yang memaklumkan mangsa telah ditikam.

“Sejurus menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berusia 38 tahun telah terbaring di atas jalan (kawasan parkir) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Pihak ambulan dari Klinik Kesihatan Lukut tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.55 malam dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujian Covid-19 dan proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis kini giat mengesan suspek yang terlibat. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil ke IPD Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi talian 06-6472222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI